Syabab Musafir Kasih


Sebuah novel yang patut dibaca oleh semua pengemar novel Islami. Ianya sebuah novel yang memberi inspirasi kepada anak bangsa dalam berusaha untuk menegakkan sendi-sendi utama peradaban.

Novel ini berkisah tentang seorang anak yatim yang tidak dihiraukan oleh keluarga dan tidak dipedulikan oleh masyarakat sekitarnya. Hidupnya terabai sebatang kara, namun disebalik semua itu takdir menetapkan bahawa si yatim tidak akan selamannya terbiar begitu. Kehadiran seorang jiran dalam hidupnya telah membawa suatu peranan yang besar dalam hidupnya. Namun kehidupan tidakkan selamanya memihak kepada si yatim itu. Penghijrahan jirannya itu ke Jordan untuk menyambung pelajaran telah menjadikan dirinya yang baru berusia 7 tahun ketika itu kehilangan arah semula.

Enam tahun berlalu, kepulangan si jiran ke kampungnya itu telah membina jalan hidupnya semula. Peranan yang dimainkan oleh Mumtazah dan suaminya Ustaz Mursid terlalu besar dalam membuka lembaran masa depan kepada hidup Syabab. Berbagai cabaran yang terpaksa dihadapinya, adakalanya ianya jatuh tersungkur namun tekad dan keazaman membuatkan ianya terus berusaha mencapai cita-cita untuk berbakti kepada ummah.

Syabab, si yatim yang menjadi watak utama dalam novel itu, digandingkan dengan Nur Mumtazah yang mendorong perjuangan hidup Syabab. Watak-watak lain ialah Ustaz Mursyid yang merupakan suami kepada Mumtazah dan juga mentor kepada Syabab. Nur Najihah, adik kepada Mumtazah, seusia dengan Syabab namum amat tidak menyukai Syabab namun di hujung novel ini Najihah akhirnya jatuh hati kepada Syabab. Imtiyaz adik bongsu Mumtazah, berumur kurang dua tahun berbanding Syabab amat mengagumi Syabab sejak dari kecil lagi. Ramai lagi watak-watak yang menghidupkan jalan cerita dalam novel ini.

Bagi yang ingin mengikuti lebih lanjut novel tulisan Fatimah Syarha ini boleh dapatkan dari kedai buku yang menjual buku-buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Sekian,

Mohd Zalizam Razali
http://hikayatpendita.blogspot.com
Read more...

Bagaimana Insan Mengenali Tuhannya?


Dulu-dulu mungkin kita sering didendangkan dengan cerita si buta dengan seekor gajah. Yang terpegang di kaki mendifinasikan gajah berdasarkan kaki gajah itu, yang terpegang belalai pula mengatakan gajah itu berupa belalainya sahaja.

Seringkali apabila tiada panduan yang tepat, kita akan mengungkapkan sesuatu yang kita lihat itu sebagai hal yang sebenarnya. Padahal hakikat yang sebetulnya apa yang kita lihat itu tidaklah boleh dibuat rumusan segera tanpa mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu perkara itu.

Begitulah perbandingan yang ingin saya kemukakan sebagai gambaran awal tentang tajuk yang dikemukakan.

Kita melihat kewujudan agama di seluruh pelusuk dunia. Tanpa perlu disangkal kehendak kepada Tuhan sudah sedia wujud dalam diri manusia. Hal seperti ini kita namakan sebagai fitrah.

Bahkan bagi individu yang mendakwa tidak mahu kepada Tuhan sekalipun ianya sebenarnya terpaksa akur bahawa ia mempertuhankan ideologi yang dianutinya itu.

Berbalik kita kepada tajuk asal perbincangan, sesorang individu yang menginginkan kewujudan Tuhan sudah semestinya tertanya-tanya siapakah Tuhan yang sebenarnya. Kebiasaan manusia akan mengikuti ajaran Tuhan berdasarkan apa yang ia dengar dan lihat tanpa memikirkan apakah dogma yang dianuti itu adalah benar-benar tepat.

Kehendak untuk mengetahui siapa Tuhan, telah mendorong manusia untuk mendapatkan ilmu tentang Tuhan.

Namun disebalik usaha untuk mendapatkan ilmu tentang Tuhan ada manusia yang tersasar dalam mengenali Tuhannya. Perkara yang sebeginilah yang perlu kita elakkan bagi memastikan tujuan asal penciptaan kita dapat kita fahami dengan lebih baik. Malahan perlu untuk kita fikirkan dengan mendalam, persoalan yang berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera insan yang biasa.

Kesimpulan yang dapat kita kongsikan bersama ialah, pengetahuan manusia dalam mencari hakikat sebenar Tuhan dan agama amatlah terbatas meliputi perkara yang ada disekelilingnya. Bagi yang hidup dalam masyarakat Budha, mereka akan memahami konsep Tuhan seperti yang diperkenalkan oleh sami berkenaan, begitu jugalah dengan agama-agama yang lain.

Namun bagi manusia yang seringkali tertanya-tanya akan konsep keTuhanan yang sebenar pasti akan terus mengkaji dan membuat perbandingan sehinggalah kebenaran yang sebenar diketahuinya. Hal ini tidak dapat terjadi melainkan jika ia dapat menyuluh keseluruhan ruang lingkup konsep Tuhan dan agama yang diajarkan oleh agama berkenaan.

Mudah-mudahan dalam Mencari Haluan terhadap kebenaran akan membuka ruang bagi kita Membina Impian ke Syurga.



Sekian,

Mohd Zalizam Razali
http://hikayatpendita.blogspot.com
Read more...

Sebab Mekarmu Hanya Sekali



Ketika angin zaman menerpamu
Diatas cadas ataupun lumpur camar
Teruslah mewangi wahai kuntumku
Tetaplah indah di padang liar
Hingga kau-lah yang akan dipetik
Sebab mekarmu hanya sekali!


Ilalang yang terhampar
Desau angin dan dengung kumbang-kumbang
Angin zaman memang telah merubah arah
Sampai waktu milikmu akan tiba
Jangan pernah hilang wangimu tersia-sia

Cahaya cinta yang diberkati
Dibalut karunia dan ridha Ilahi
Inilah hari yang dinanti
Ketika madu suci temukan kumbang sejati
Menjaga dan memiliki wangimu dengan namaNya

Read more...

Apa Sumbangan Syiah Kepada Al-Aqsa?


Berikut adalah petikan dari komentar Sdr. Maszlee Malek

Salaam,

Paling mengharukan... sewaktu demo memperingati Nakba di London, ana terdengar seorang tabligh menjeritkan
"we need Omar, we need Khalid al-Walid, we need Salahuddin al-Ayubi!"

Ana tanyakan, kenapa sebut nama2 tu?

Beliau jawab,
"merekalah yang telah berjasa mengIslamkan dan mengIslamkan semula Palestin, Masjid al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis... Malangnya Syiah mengkafirkan dan mencerca ketiga-tiga tokoh tersebut!"

Saya baru terfikir, benar juga kata saudara ini. Omar yang bertanggung jawab menerima kunci al-Quds,dikafirkan dan dicerca Syiah.

Khalid al-Walid difitnah oleh Syiah sebagai penzina...

Salahuddin al-Ayubi pula amat dibenci dan dicaci maki oleh Syiah kerana telah menghancurkan kerajaan Syiah Fatimi demi memerdekakan al-Aqsa. Malah ketika Salahuddin berperang dengan tentera Salib pun, puak Syiah sibuk menyerang hendap umat Islam dan tentera Salahuddin dari belakang.

Amat menarik, bagi Sunni, Omar, Khalid dan Salahuddin adalah sinonim dengan al-Aqsa dan Palestin.

Bagi Syiah...?

Mungkinkah Nasrullah dan Ahmadinejad akan cuba mengubah sejarah dengan mengiktiraf ketiga-tiga tokoh ini demi membebaskan al-Aqsa dan juga memerdekakan al-Quds?

Apakah cabaran al-Qaradawi kepada Rafshanjani agar SYiah ikhlas dengan berhenti dan meninggalkan polisi mengkafirkan sahabat, berhenti menyebar luaskan SYiah di bumi Sunni dan juga berhenti bertaqiyyah sesama umat Islam akan mereka tunaikan demi kemerdekaan Masjid al-Aqsa?

Mungkin ini satu perkara yang menarik untuk dibincangkan dan difikirkan.


Agak menarik untuk kita berfikir dengan mendalam, sedikit komentar dari saya adalah berkaitan Seruan Qardawi dalam penyatuan Sunni Syiah....

Ramai yang terkeliru dengan seruan terbabit, point utama seruan Qardawi adalah untuk mengajak Syiah agar menghentikan kelakuan buruk mereka terhadap para sahabat nabi s.a.w juga supaya Syiah menghentikan melakukan kejahatan terhadap golongan Sunnah di Iran dan Iraq.

Tapi malangnya, kenyataan Qardawi itu telah diputarbelitkan oleh sekumpulan Syiah (kebanyakkan mereka mengaku sebagai Sunni - tak pernah dalam sejarah orang Sunni yang mengajak Umat Islam lain (sunni) untuk lebih mengenali Syiah, melainkan orang itu adalah Syiah-taqiyah) seolah-olah seruan Qardawi itu adalah untuk mengajak sunni berbaik sangka dengan Syiah. Maka heboh lah mereka itu untuk mengajak umat Islam di Malaysia ini bersangka baik dengan Syiah.

Adalah amat malang, sesetengah golongan ini menimbulkan isu penentangan Sunni terhadap Syiah adalah berkisar kepada kecintaan kepada Ahl Bayt semata-mata. Kalau inlah sahaja fokusnya memang saya pun tidak akan menentangnya bahkan saya pun rela di anggap sebagai syiah.

Apa yang ingin saya tegaskan bahawa Sunni tidak pernah sekali-kalipun memusuhi ahl bayt nabi s.a.w, apa yang ditentang adalah sikap melampau Syiah dalam hal ini, juga sikap syiah yang hanya mengiktiraf golongan tertentu dari kalangan ahl-bayt.

Juga penentangan kita ini adalah kerana wujudnya sekelompok manusia yang cuba mempromosikan ideologi syiah melalui tulisan mereka, hal ini dapat dilihat bilamana mereka menggunakan bahan-bahan syiah sebagai rujukan. Mustahil yang amat tatkala seseorang sunni sanggup menggunakan kitab-kitab syiah sebagai rujukan. Ketahuilah khazanah keilmuan dalam Islam terlalu banyak dinukilkan oleh ulmak Sunni. Bahkan mereka ini ternyata lebih jujur dalam menaqalkan sesuatu perkara. Adalah sangat ganjil bilamana seseorang itu sanggup menggunakan rujukan lain yang langsung tidak berkaitan dengan ulama Sunni. Melainkan mereka itu berniat untuk mempromosikan sesuatu.

Walau apapun saya secara peribadi tidak mahu menuduh mana-mana pihak sebagai syiah. Juga saya secara peribadi menerima saranan Dr. Yusuf Al-Qardawi walaupun saya sebenarnya tidak yakin hal ini akan berlaku selagimana mereka masih berTaqiyah



Sekian,

Mohd Zalizam Razali
http://hikayatpendita.blogspot.com
Read more...

Impian Palestin


Sebuah novel terjemahan dari seorang penulis warganegara Italy yang berdarah Mesir. Penulis, Randa Ghazy boleh di kira berjaya mengangkat persoalan kehidupan yang berlangsung di bumi Palestin.

Novel ini bukan dalam kategori yang Islamik, tetapi ia lebih tepat sebagai sebuah novel sosial kemanusiaan. Namun begitu persoalan asas tentang Islam juga turut dibangkitkan dengan cermat oleh penulis.

Apa yang saya suka dengan novel ini adalah bentuk penceritaannya yang agak kompleks, yang memerlukan kita untuk berfikir dan menghayati dengan mendalam setiap hal yang ditimbulkan.

Bagi saya novel ini agak baik untuk kita dapatkan sedikit sebanyak gambaran tentang masyarakat awam di bumi Palestin.

Watak-watak utama dalam novel ini seperti Ibrahim, Nihdal, Jihad, Muhammad, Reham dan lain-lain adalah sebuah gambaran yang sepatutnya diketahui oleh semua masyarakat dunia.

Sesungguhnya sahabat, cekaman yang dihadapi saban hari oleh mereka adalah sesuatu yang akan mengelisahkan kita sepanjang membaca novel ini.

Mudah-mudahan ada manfaatnya di atas perkongsian ini.


*sesiapa yang ingin mendapatkan novel ini boleh ke laman web berikut: http://www.hidayah.com.my/




Sekian,

Mohd Zalizam Razali
http://hikayatpendita.blogspot.com
Read more...

Ku Berdiri Di Atas Manhaj Salaf

  1. Berpegang pada nash-nash yang ma’shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
  2. Mengembalikan masalah-masalah “mutasyabihat” (yang kurang jelas) kepada masalah “muhkamat” (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath’i.
  3. Memahami kes-kes furu’ (kecil) dan juz’i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
  4. Menyerukan “Ijtihad” dan pembaharuan. Memerangi “Taqlid” dan kejumudan.
  5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
  6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada “kemudahan” bukan “mempersulit”.
  7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
  8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
  9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitinya.
  10. Menekankan sikap “ittiba’” (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat “ikhtira’” (kreativiti dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
Read more...

Don't Be Sad

Seringkali cubaan dalam hidup menjadikan kita sedih tak bermaya. Tapi sedarkah kita disebalik sedih itu ada hikmahnya yang tersendiri. Bahkan ujian yang berlaku itu tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku kepada insan lain. Jom renungkan apa yang ingin saya kongsikan dalam video di bawah.

Read more...

Lagu Tema Hikayat Pendita

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga Read more...

Aku Bukan Pendita!!!!

Hikayat pendita hanyalah sebuah nama. Boleh jadi nama yang baik ini akan memberikan imej yang baik kepada blog ini. Yang pasti penulis bukanlah pendita tapi menggunakan nama pendita untuk cuba menjadi pendita.

pendita dan pelita samakah???
Read more...

Komuniti

web counting
 

Islam Itu Indah

sept08BuzzGarnier_250 Asas kepada sesuatu kepercayaan adalah bagaimana kita mengenali dan menunjangkan pemikiran tersebut di dalam diri kita. Begitu juga dengan pemahaman kita tentang Islam. Pemahaman yang jelas berdasarkan dalil Al-Quraan dan As-Sunnah amat perlu bagi memastikan pemahaman kita terhadap Islam tidak terpesong dari landasannya. Di dalam ruangan ini dikumpulkan hal-hal berkaitan akidah yang perlu diketahui oleh seorang Muslim. [ ... ]

sept08BuzzGarnier_250 Setiap insan yang dianugerahkan pengetahuan terhadap sesuatu yang diyakininya akan berusaha untuk melakukan suatu hal yang boleh mendekatkan kepada sesuatu yang diyakininya itu. Di dalam ajaran Islam hal ini dikenali sebagai ibadah kepada Allah. Pengetahuan tentang hal ini mencakupi dalam bab ubudiyyah terhadap Allah azzawajjala. Hal inilah yang membezakan antara seseotang muslim dan yang kafir. [ ... ]

sept08BuzzGarnier_250 Akhlak merupakan output daripada pemahaman dan pengamalan terhadap ajaran agama. Nilai-nilai murni yang tinggi dapat dilihat daripada penghayatan ajaran Islam yang syumul. Hal ini seterusnya dapat membina sebuah komuniti Islam yang harmoni dan menjadi teras kepada kestabilan masyarakat. [ ... ]

FEEDJIT Live Traffic Map

Teras Ilmu

Al-Quraan dan Al-Hadis

Galeri Buku

Ulasan tentang buku-buku yang telah di baca.

Ebook

tSHOPSfabrice

Fabrice (55 Avenue Rd., 416-967-6590), the spot for all things French and fabulous, has brought in fantastic handmade bags by Parisian [ ... ]


Komen Terbanyak

Pemerhati

FEEDJIT Live Traffic Feed